Monday 11 July 2011

TENAGA PENGAJAR SK PADANG PUSING, PENDANG

   Tenaga pengajar SK Padang Pusing seramai 62 orang bertanggungjawab mendidik dan memimpin anak-anak bangsa sekitar perkampungan Mukim Padang Pusing iaitu seramai 538 orang murid. Terdapat 12 kelas aliran arus perdana, 1 kelas Pendidikan Khas dan 1 kelas Pendidikan Pra-sekolah. Murid-murid terdiri dari kalangan kaum Melayu dan Kaum Siam. Latar belakang sumber ekonomi penduduk ialah petani, penoreh, peniaga dan buruh binaan. Walaupun begitu, tahap pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR menunjukkan peningkatan yang membanggakan setiap tahun iaitu 63% pada tahun 2010, 8 orang memperolehi 5A dan 7 orang mendapat 4A1B. Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang mendidik dengan hati tulus ikhlas, tanpa jemu melayan karenah murid-murid saban hari. Kemajuan teknologi dalam era globalisasi ini, mencabar guru untuk  mempunyai aras pengetahuan yang tinggi untuk mendidik dan memimpin murid-murid dan juga masyarakat setempat.