Monday 11 July 2011

TENAGA PENGAJAR SK PADANG PUSING, PENDANG

   Tenaga pengajar SK Padang Pusing seramai 62 orang bertanggungjawab mendidik dan memimpin anak-anak bangsa sekitar perkampungan Mukim Padang Pusing iaitu seramai 538 orang murid. Terdapat 12 kelas aliran arus perdana, 1 kelas Pendidikan Khas dan 1 kelas Pendidikan Pra-sekolah. Murid-murid terdiri dari kalangan kaum Melayu dan Kaum Siam. Latar belakang sumber ekonomi penduduk ialah petani, penoreh, peniaga dan buruh binaan. Walaupun begitu, tahap pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR menunjukkan peningkatan yang membanggakan setiap tahun iaitu 63% pada tahun 2010, 8 orang memperolehi 5A dan 7 orang mendapat 4A1B. Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang mendidik dengan hati tulus ikhlas, tanpa jemu melayan karenah murid-murid saban hari. Kemajuan teknologi dalam era globalisasi ini, mencabar guru untuk  mempunyai aras pengetahuan yang tinggi untuk mendidik dan memimpin murid-murid dan juga masyarakat setempat.


15 comments:

  1. Segak2 belaka. Semoga semua guru SKPP akan lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa kita.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju ngan pendapat cikgu.semua segak bergaya.

    ReplyDelete
  3. nanti komen blog saya pula....http://robishahdin-myuum210501.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Guru-guru yang terlatih dan dedikasi, InsyaAllah kejayaan bersama kalian. Sekolah cantik dan guru-guru segak mampu memberi inspirasi kepada murid-murid. Haaa, Che Am lagu best ni. Ada kenangan ke? I like.Blog pun cantik. Tahniah.

    ReplyDelete
  5. segak segak cikgu skpp...ada macam pasukan koir jugak.....jangan mare no.....

    ReplyDelete
  6. Blog yang cantik dan sedap mata memandang. Lama betul saya tak singgah kat pasar malam hari Sabtu depan sekolah cikgu..

    ReplyDelete
  7. segak2 cikgu skpp..berdondon-dondon...

    ReplyDelete
  8. Cikgu-cikgu Pendang memang istimewa (angkat bakul sikit)...

    Tolong followkan Lubuk Keronge

    ReplyDelete
  9. Wah..sedondon baju..pencapaian sekolah yang baik..moga terus cemerlang

    ReplyDelete
  10. Tahniah, semoga dengan keakraban cikgu bersatu dengan guru-guru yang lain akan meningkatkan lagi prestasi sekolah.Layan lagu sedap sungguh.

    ReplyDelete
  11. Tahniah, kerjasama padu, kejayaan bermutu. blog pun cantik.

    ReplyDelete
  12. terima kasih kerana pujian anda semua....rasa berat dh bakoi ni..ha ha..

    ReplyDelete
  13. rindu aku dgn sek ini dah lama x tengok,semoga semua guru dari dulu hingga...... dapat rahmat ilahi

    ReplyDelete