Tenaga pengajar SK Padang Pusing seramai 62 orang bertanggungjawab mendidik dan memimpin anak-anak bangsa sekitar perkampungan Mukim Padang Pusing iaitu seramai 538 orang murid. Terdapat 12 kelas aliran arus perdana, 1 kelas Pendidikan Khas dan 1 kelas Pendidikan Pra-sekolah. Murid-murid terdiri dari kalangan kaum Melayu dan Kaum Siam. Latar belakang sumber ekonomi penduduk ialah petani, penoreh, peniaga dan buruh binaan. Walaupun begitu, tahap pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR menunjukkan peningkatan yang membanggakan setiap tahun iaitu 63% pada tahun 2010, 8 orang memperolehi 5A dan 7 orang mendapat 4A1B. Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang mendidik dengan hati tulus ikhlas, tanpa jemu melayan karenah murid-murid saban hari. Kemajuan teknologi dalam era globalisasi ini, mencabar guru untuk mempunyai aras pengetahuan yang tinggi untuk mendidik dan memimpin murid-murid dan juga masyarakat setempat.
Coretan seorang anak desa dari Kampung Kejai, Kuala Nerang, Kedah yang sudah lama berkelana dan berhasrat pada suatu hari nanti dapat menabur bakti untuk anak-anak dan masyarakat setempat. Di dalam blog ini akan menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan teknologi dalam pendidikan di Malaysia.Pembaca akan didedahkan beberapa infomasi atau maklumat dan nota yang boleh digunakan sebagai data rujukan dalam memperkasakan pendidikan negara.
Segak2 belaka. Semoga semua guru SKPP akan lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa kita.
ReplyDeletesaya bersetuju ngan pendapat cikgu.semua segak bergaya.
ReplyDeletenanti komen blog saya pula....http://robishahdin-myuum210501.blogspot.com
ReplyDeleteGuru-guru yang terlatih dan dedikasi, InsyaAllah kejayaan bersama kalian. Sekolah cantik dan guru-guru segak mampu memberi inspirasi kepada murid-murid. Haaa, Che Am lagu best ni. Ada kenangan ke? I like.Blog pun cantik. Tahniah.
ReplyDeletesegak segak cikgu skpp...ada macam pasukan koir jugak.....jangan mare no.....
ReplyDeleteBlog yang cantik dan sedap mata memandang. Lama betul saya tak singgah kat pasar malam hari Sabtu depan sekolah cikgu..
ReplyDeletesegak2 cikgu skpp..berdondon-dondon...
ReplyDeleteblog yang menarik
ReplyDeleteCikgu-cikgu Pendang memang istimewa (angkat bakul sikit)...
ReplyDeleteTolong followkan Lubuk Keronge
Wah..sedondon baju..pencapaian sekolah yang baik..moga terus cemerlang
ReplyDeleteTahniah, semoga dengan keakraban cikgu bersatu dengan guru-guru yang lain akan meningkatkan lagi prestasi sekolah.Layan lagu sedap sungguh.
ReplyDeleteTahniah, kerjasama padu, kejayaan bermutu. blog pun cantik.
ReplyDeleteuniform yang menarik.
ReplyDeleteterima kasih kerana pujian anda semua....rasa berat dh bakoi ni..ha ha..
ReplyDeleterindu aku dgn sek ini dah lama x tengok,semoga semua guru dari dulu hingga...... dapat rahmat ilahi
ReplyDelete