Sinopsis Artikel

PENGGUNAAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

        Kesediaan Malaysia untuk menerima teknologi maklumat sebagai salah satu agenda dalam Wawasan 2020 telah mula direalisasikan menerusi projek mega Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek yang menampilkan beberapa aplikasi besar seperti kerajaan elektronik dan sekolah bestari ini telah menjadi pemangkin kepada pembudayaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini masyarakat yang celik komputer. Hal ini  amat penting untuk memastikan teknologi maklumat dapat berfungsi sebagai satu bidang industri yang dapat memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Hingga kini, usaha memartabatkan teknologi maklumat terus mendapat perhatian kerajaan. Namun, dalam keghairahan ini, kita mungkin terlupa bahawa teknologi maklumat yang sedang berkembang di Malaysia kini  masih berbudaya asing. Sebahagian besar unsurnya seperti bahasa, persembahan, dan kandungan maklumat masih beracuan Barat.
     Pada masa ini, pelbagai dasar teknologi maklumat telah digubal, terutama yang berkaitan dengan persembahan dan kandungan maklumat. Dalam bidang komunikasi pengantaraan  komputer dapat menarik lebih banyak pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu dan segan. Komunikasi antara pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan lebih baik dan lebih mesra berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. Hal ini telah disokong oleh kajian Harasim (1989), Harasim (1990), dan Walther (1996). Penulis menyarankan agar guru bahasa mencuba berkomunikasi dengan pelajar dengan menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dan mencuba khidmat ini untuk tugas perundingan dengan pelajar bahasa. Cara ini dapat membantu memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam internet dan secara langsung dapat mengembangkan bahasa Melayu di alam siber serta meletakkan bahasa Melayu di paras antarabangsa. Selain itu, berdasarkan  teaching, learning and computing: a national survey of school and teachers, center  for research on information technology and organizations indicator ICT terhadap penggunaan internet oleh guru-guru ialah:
i.  Sekolah awam boleh mengases internet.
ii. Internet disambungkan dalam bilik darjah.
iii. Guru menggunakan maklumat untuk pengajaran.
iv.  Guru menggunakan e-mail untuk menghubungi guru-guru di sekolah lain.
v.  Pelajar menggunakan web site dalam pengajaran.
vi.  Menggunakan internet lebih daripada dalam bilik darjah.
vii.  Internet digunakan dalam berbagai-bagai lokasi.
viii. Internet digunakan dalam subjek pengajran.
ix.  Internet digunakan diberbagai peringkat pengajaran